Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

80) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kos dan penumpang yang mengunakan perkhidmatan Bas Selangorku mengikut DUN dari tahun 2015-2018. Adakah mencapai sasaran penggunaan?

    Data berkaitan kos dan penumpang penumpang Bas Smart Selangor adalah berdasarkan Pihak Berkuasa Tempatan dan tiada pecahan mengikut kawasan DUN. Jumlah kos dan penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2018 adalah seperti berikut:

    Jumlah Kos Bas Smart Selangor

    Kos bagi penyediaan dan pengurusan Bas Smart Selangor secara keseluruhannya adalah sebanyak RM60,270,116.64. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM51,260,328.64 dibiayai oleh Kerajaan Negeri, manakala sebanyak RM9,009,788.00 ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Butiran pecahan kos mengikut oleh Kerajaan Negeri dan PBT Mengikut tahun adalah seperti berikut:

    • Tahun 2015 : RM3,481,712.00

    (ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan  Negeri)

    Bil. PBT Peruntukan Kerajaan

    Negeri

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam RM1,266,064.00
    2. Majlis Perbandaran Subang Jaya RM1,266,064.00
    3. Majlis Perbandaran Klang RM949,584.00
      JUMLAH RM3,481,712.00

     

    • Tahun 2016 :  RM11,360,910.64 

       (ditanggung Kerajaan Negeri)

    :  RM 3,146,928.00

       (dibiayai oleh PBT)

     

    Bil. PBT Peruntukan PBT Peruntukan Kerajaan Negeri
    1. Majlis Bandaraya Shah

    Alam

    RM1,894,008.00 RM1,886,800.00
    2. Majlis         Perbandaran

    Subang Jaya

    RM1,252,920.00 RM1,886,800.00
    3. Majlis         Perbandaran

    Klang

      RM691,650.00
    4. Majlis         Perbandaran

    Ampang jaya

      RM1,266,064.00
    5. Majlis         Perbandaran

    Kajang

      RM1,266,064.00
    6. Majlis         Perbandaran

    Selayang

      RM1,250,796.00
    7. Majlis         Perbandaran   RM625,400.00
    Bil. PBT Peruntukan PBT Peruntukan Kerajaan Negeri
      Sepang    
    8. Majlis Daerah Kuala

    Langat

      RM625,400.00
    9. Majlis Daerah Kuala

    Selangor

      RM621,448.32
    10. Majlis Daerah Sabak

    Bernam

      RM621,448.32
    11. Majlis     Daerah     Hulu

    Selangor

      RM619,040.00
      JUMLAH RM3,146,928.00 RM11,360,910.64

    Tahun 2017 :  RM18,683,800.00  (penyambungan kontrak laluan sedia ada  dan laluan baru yang ditanggung Kerajaan Negeri)

    :  RM 5,862,860.00  (laluan baru yang dibiayai oleh PBT)

     

    Bil. PBT Peruntukan PBT Peruntukan Kerajaan Negeri
    1. Majlis           Bandaraya

    Shah Alam

    RM1,252,920.00 RM2,697,912.00
    2. Majlis       Perbandaran

    Subang Jaya

    RM626,460.00 RM2,085,020.00
    3. Majlis       Perbandaran

    Klang

    RM626,460.00 RM1,864,540.00
    4. Majlis       Perbandaran

    Ampang jaya

    RM939,690.00 RM2,491,000.00
    Bil. PBT Peruntukan PBT Peruntukan Kerajaan Negeri
    5. Majlis       Perbandaran

    Kajang

    RM851,180.00 RM1,864,540.00
    6. Majlis       Perbandaran

    Selayang

    RM626,460.00 RM2,033,080.00
    7. Majlis       Perbandaran

    Sepang

    RM939,690.00 RM1,976,582.00
    8. Majlis Daerah Kuala

    Langat

      RM1,016,540.00
    9. Majlis Daerah Kuala

    Selangor

      RM989,404.00
    10. Majlis Daerah Sabak

    Bernam

      RM699,918.00
    11. Majlis Daerah Hulu

    Selangor

      RM925,592.00
      JUMLAH RM 5,862,860.00 RM 18,644,128.00

     

    • Tahun 2018 : RM RM17,733,906.00

                                          (kos penyambungan kontrak laluan sedia                                               ada yang ditanggung Kerajaan Negeri)

    :  RM 7,211,710.00

    (Anggaran kos laluan baru yang ditanggung

    Kerajaan Negeri)

    ii) Jumlah Penumpang Bas Smart Selangor

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 hingga 31 Julai 2018, penumpang Bas Smart Selangor di 30 laluan telah mencapai 23 juta orang. Jumlah penumpang Bas Smart Selangor mengikut tahun pelaksanaan adalah seperti berikut:

     

    • Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015) : 546,661 penumpang
    • Tahun 2016 : 4,163,654 penumpang
    • Tahun 2017 : 10,660,051 penumpang
    • Tahun 2018 (sehingga 31 Julai) : 8,431,292 penumpang

     

    Pecahan jumlah penumpang  mengikut PBT adalah seperti di bawah:

     

    Bil. PBT Jumlah Penumpang
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 5,261,364
    2. Majlis Perbandaran Subang Jaya 4,429,780
    3. Majlis Perbandaran Klang 3,163,583
    4. Majlis Perbandaran Ampang jaya 2,169,985
    5. Majlis Perbandaran Kajang 2,897,700
    6. Majlis Perbandaran Selayang 3,140,875
    7. Majlis Perbandaran Sepang 974,540
    8. Majlis Daerah Kuala Langat 681,235
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor 353,257
    10. Majlis Daerah Sabak Bernam 294,217
    11. Majlis Daerah Hulu Selangor 435,122
      JUMLAH 23,801,658

Lampiran

Tiada Lampiran.