Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

21) KHIDMAT KESIHATAN DESA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kesihatan Negeri Selangor untuk membawa kesihatan terus kepada mereka yang memerlukan?

    Pelaksanaan Program Domisiliari dan NBOS 7

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaksanakan program Domisiliari bermula pada tahun 2014, di mana dalam program ini anggota kesihatan akan membuat lawatan ke rumah pesakit untuk tujuan membuat penilaian keadaan pesakit, keperluan rawatan pesakit, membuat rawatan keatas pesakit serta memberi tunjuk ajar penjagaan kesihatan pesakit kepada penjaga (care giver).

    Manakala program NBOS 7 adalah tertumpu kepada 3 golangan iaitu:

    • Golongan Warga Emas (Pusat jagaan dan rumah)
    • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    • Golongan Ibu Tunggal

    Anggota kesihatan akan membuat lawatan dan rawatan terhadap golongan tersebut mengikut keperluan golongan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.