Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

156) KHUTBAH JUMAAT PADA 10 JUN 2011

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di mimbar pada 10 Jun 2011 dimaklumkan adalah sama di seluruh masjid di negeri Selangor. Khutbah yang berkaitan fitnah, hukum Qazaf dan empat saksi menimbulkan perselisihan faham di kalangan umat Islam. Nyatakan pihak dan mahupun individu yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat berkenaan?

    Teks khutbah yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Panel Khutbah akan disemak secara kolektif dengan mengambil kira kandungan, keberkesanan khutbah dan kesesuaian berkaitan isu semasa. Di samping itu dalil yang diberikan akan dipastikan tepat dari segi bahasa berdasarkan kepada garis panduan penulisan khutbah. Sehubungan itu, khutbah bertarikh 10 Jun 2011 telah diterima oleh Jawatankuasa Panel Khutbah untuk dibaca bagi mendidik umat Islam supaya menghindari daripada perkaraperkara yang membawa kepada fitnah dan qazaf.

Lampiran

Tiada Lampiran.