Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

83) KHUTBAH JUMAAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Khutbah Jumaat yang disampaikan seharusnya terkawal dan bebas daripada unsur- unsur politik selaras dengan Titah arahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjamin keharmonian para jemaah beribadah. Mengapakah masih wujud pembaca Khutbah tanpa teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) ?

    Jabatan Agama Islam Selangor telah menyediakan teks khutbah Jumaat setiap minggu kepada semua masjid dan surau yang diberi kebenaran solat Jumaat. Arahan untuk membaca teks khutbah Jumaat kepada masjid-masjid sentiasa dikeluarkan dari masa ke semasa. Dalam melaksanakan arahan tersebut, tidak dinafikan terdapat beberapa buah masjid yang tidak membaca teks khutbah Jumaat. Sebagai tindakan, JAIS  telah memanggil Nazir-nazir masjid berkenaan untuk diberi nasihat dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya perlu. Dalam hal ini, tindakan pemantauan sentiasa dilaksanakan untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi.

Lampiran

Tiada Lampiran.