Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

148) KILANG AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudahkan bau busuk yang dihadapi oleh penduduk di perumahan sekitarnya diatasi?

    Pihak pengurusan ladang Lay Hong telah memberhentikan tempat memproses najis ayam ke baja kompos sejak bulan Jun 2010. Hanya yang tinggal ialah ladang ternakan sahaja. Di antara tindakan lain yang telah diberi perhatian ialah :-

    • Pihak ladang akan menyembur enzim mikrob setiap hari di sekitar ladang untuk menghilangkan bau.
    • Dalam Mesyuarat Khas OSC ada membincangkan ladang ternakan ayam Lay Hong dengan dihadiri Agensi Luar dan Pihak Pengurusan Lay Hong. Dalam Mesyuarat tersebut meminta pihak pengurusan ladang berpindah dengan mencari lokasi lain dalam tempoh 2 tahun kerana zon ladang tersebut adalah zon perumahan.
    • Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) membuat pemantauan dari masa ke semasa sekiranya aduan masih dibangkitkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.