Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

68) KILANG BESI BURUK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan butir terperinci lesen kilang besi buruk yang telah diberikan dalam Selangor mengikut PBT dalam tahun 2007 dan 2008.(nama syarikat, lokasi, tempoh lesen)

    Bagi tahun 2007 dan 2008 lesen premis besi buruk yang dikeluarkan oleh PBT seluruh
    Selangor adalah seperti berikut :
    BIL PBT LESEN PREMIS
    1 MBSA 30
    2 MBPJ 0
    3 MPK 13
    4 MPAJ 4
    5 MPSJ 25
    6 MPS 8
    7 MPKj 27
    8 MPSp 20
    9 MDKS 20
    10 MDHS 19
    11 MDKL 3
    12 MDSB 29
    JUMLAH 198
    Butir-butir terperinci mengenai nama syarikat, tempoh lesen dan lokasi setiap
    pemegang lesen seperti yang diminta oleh YB Rawang akan dikemukakan secara
    bertulis memandangkan ia merupakan senarai yang panjang untuk dibacakan di Dewan
    yang mulia ini. Manakala tempoh lesen untuk semua premis barangan lusuh akan
    tamat pada 31 Disember 2008. 

Lampiran

Tiada Lampiran.