Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

112) KILANG DAN SISA BAHAYA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor.

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bagi tahun 2018, senarai kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor adalah diterjemahkan melalui jumlah sisa buangan terjadual iaitu sebanyak 302,998 metrik tan buangan terjadual dihasilkan daripada 4,434 premis di Negeri Selangor. Punca-punca yang menjadi pengeluar utama buangan terjadual yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan pecahan adalah seperti berikut:

     

    BIL. PENGELUAR JUMLAH SISA BUANGAN TERJADUAL
    1. Loji Rawatan Air 109,143 metrik tan
    2. Loji Janakuasa 69,015 metrik tan
    3. Bengkel 37,062 metrik tan
    4. Industri Elektrik Dan Elektronik 15,835 metrik tan
    5. Lain-Lain 89,943 metrik tan
      JUMLAH 302,998 metrik tan

     

    Penghasilan utama buangan terjadual mengikut kod buangan terjadual Schedule Waste (SW) adalah seperti berikut:

     

     

    BIL. KOD SISA BERJADUAL

    (SCHEDULE WASTE)

    JUMLAH SISA BUANGAN TERJADUAL
    1. SW 204 (enapcemar yang mengandungi satu atau beberapa logam termasuklah Kromium, Kuprum, Nikel, Zink, Plumbum, Kadmium, Aluminium, Timah, Vanadium Dan Berilium) 109,143 metrik tan
    2. SW 104 (Debu, Sanga, Dros Atau Abu Yang Mengandungi Aluminium, Arsenik, Raksa, Plumbum, Kadmium, Kromium, Nikel, Kuprum, Vanadium, Berilium, Antimoni, Telurium, Talium atau Selenium Tidak Termasuk Sanga Daripada Kilang Besi dan Keluli)  

    73,398 metrik tan

    3. SW 305 (Minyak Pelincir Terpakai) sebanyak 35,530 metrik tan
    4. SW 409 (Bekas, Beg Atau Kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan Bahan Kimia, Racun Makhluk Perosak, Minyak Mineral Atau Buangan Terjadual) 12,606 metrik tan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.