Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

105) KILANG HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila beri statistik bilangan kilang haram di negeri selangor dari tahun 2008 sehingga 2017

    Isu berkaitan kilang haram ini telah sekian lama menimbulkan banyak masalah seperti pencemaran bau, masalah sosial dan sebagainya sehingga ia menjadi satu isu yang sering diperkatakan oleh wakil rakyat.

    Pada sidang dewan kali ini, saya akan menjawab empat (4) pertanyaan mulut daripada Y.B ADUN berikut iaitu; Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing) – Kilang Haram, Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Binti Ali (Selat Klang) – Pencapaian Penyelesaian Kilang Haram, Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari (Kota Anggerik) – Program Pemutihan Kilang Haram dan Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei (Sri Muda) – Program Pemutihan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran secara bersekali.

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor telah dilancarkan pada 31 Julai 2006. Berdasarkan rekod daripada bancian yang dibuat sebelum ini terdapat lebih kurang 2,998 kilang yang telah dibina di atas 2,523 lot tanah pertanian. Sepanjang tempoh PPKTK sebanyak 1,346 lot telah mengemukakan permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada industri. Daripada jumlah permohonan tersebut sebanyak 1,223 telah diluluskan. Manakala terdapat sebanyak 1,154 lot yang masih belum mengemukakan permohonan.

    Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah memperolehi hasil kutipan bayaran premium sebanyak RM185,683,976.54 daripada permohonan yang telah diluluskan dan dianggarkan sebanyak RM65,313,870.00 masih belum dibayar setakat ini. Untuk makluman Ahli-Alhi Yang Berhormat, statistik yang diberikan ini (Lampiran A) hanyalah sehingga pada 31 Disember 2015 sahaja.

    PBN telah menubuhkan Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram untuk memantau dan memberi nasihat berkaitan proses pemutihan kilang-kilang haram. Berdasarkan kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bilangan 1 Tahun 2015, PPKTK di Negeri Selangor telah pun tamat pada 31 Disember 2015. Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu tindakan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

    Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang dan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut prosedur yang ditetapkan ke atas kilang-kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor. Dalam masa terdekat, tumpuan tindakan perobohan akan ditumpukan kepada kilang haram yang dibina berhampiran sungai-sungai di Negeri Selangor terlebih dahulu.

    LAMPIRAN A

    STATISTIK KILANG TANPA KEBENARAN MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

    Bil. Daerah PBT Jumlah Permohonan Tukar Syarat Premium Tambahan (Rm)
    Lot Kilang Bil.

    Permohonan

    Lulus Tolak Batal Belum Memohon Dibayar Belum Dibayar
    1. Petaling MBSA 787 817 753 731 6 16 34 72,604,562.34 59,477,346.00
    MBPJ 20 20 0 0 0 0 20 0.00 0.00
    MPSJ 145 252 81 77 4 0 61 16,755,431.00 1,131,770.00
    2. Klang MBSA 226 227 178 134 7 37 571 29,428,170.10 2,380,937.00
         
        MPK 535 621              
    3. Hulu Langat MPKj 351 428 170 169 18 4 181 51,179,214.80
    MPAJ
    4. Gombak MPAJ 0 0 43 28 1 14 94 5,528,344.05 341,305.00
         
        MPS 137 157              
    5. Sepang MPSp 64 55 2 1 0 1 55 133,256.25
    6. Kuala Langat MDKL 177 197 92 73 15 4 78 8,450,882.00 1,982,512.00
    7. Kuala Selangor MDKS 34 149 4 1 0 3 27 303,262.00
    8. Hulu Selangor MDHS 23 53 11 5 3 3 11 810,845.00
    9. Sabak Bernam MDSB 24 22 12 4 6 2 22 490,009.00
    Jumlah 2,523 2,998 1,346 1,223 60 97 1,154 185,683,976.54 65,313,870.00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.