Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

105) KILANG HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kehilangan hasil premium yang sepatutnya dikutip daripada kilang-kilang yang beroperasi secara haram (tanpa kebenaran).

    Sejumlah RM194,106,372.00 premium tanah telah dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui 1,041 permohonan yang telah diluluskan sepanjang tempoh Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dilaksanakan. Berdasarkan jumlah tersebut, dianggarkan Kerajaan Negeri telah kehilangan hasil premium berjumlah RM300 juta daripada 1,329 lot yang tidak membuat permohonan tukar syarat.

Lampiran

Tiada Lampiran.