Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

141) KILANG HARAM

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan melanjutkan program pemutihan kilang haram disebabkan Covid-19?

    Cabutan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 21/2020 bertarikh 10 Jun 2020 dan disahkan oleh MMKN Ke 22/2020 pada 17 Jun 2020 telah mengambil maklum mengenai perkara berhubung cadangan pelanjutan tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PPSPKTK) yang akan tamat pada 30 September 2020 dan Notis Borang 7G yang telah tamat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Oleh yang demikian, MMKN bersetuju PPSPKTK dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 manakala Notis Borang 7G yang telah tamat dalam tempoh PKP dilanjutkan sehingga 30 September 2020.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.