Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

69) KILANG HARAM DAN PENCEMARAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah dikenal pasti di negeri Selangor mengikut senarai pihak berkuasa tempatan dan operasi yang dijalankan dan apakah faktor-faktor utama kewujudan mereka sekian lama

    Bilangan kilang haram mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti
    berikut:
    – —- —
    DAERAH/PBT BIL. KILANG JUMLAH
    Petaling 1236
    MBSA 508
    MBPJ 345
    MPSJ 383
    Klang 556
    MPK 426
    MBSA 130
    Gombak 37
    MPS 37
    MPAJ 0
    Hulu Langat 658
    MPKj 516
    MPAJ 142
    Kuala Langat 209
    MDKL 209
    Operasi yang dijalankan oleh pengusaha kilang merangkumi industri seperti
    industri pembuatan makanan, industri pembuatan barangan dan makanan halal,
    industri pembuatan kelengkapan pengangkutan dan automotif, industri elektrik
    dan elektronik, industri pengilangan jentera, komponen dan keluaran
    perantaraan, industri bioteknologi, industri berasaskan pertanian dan industri
    perkhidmatan.
    Faktor-faktor utama kewujudan mereka ialah:
    (i) Pemilik tanah yang mengalami masalah kewangan tidak mampu untuk
    menjelaskan premium tambahan yang dikenakan apabila menukar syarat
    kegunaan tanah;
    (ii) Pemilik tanah juga sukar mendapatkan pinjaman untuk menjelaskan
    premium tambahan yang dikenakan kerana pemilik tanah telah berusia
    dan tidak layak untuk membuat pinjaman;
    (iii) Pemilik tanah telah menyewakan tanah tersebut kepada pengusaha
    kilang dalam tempoh jangka masa yang panjang dan terikat dengan
    perjanjianyang telah dibuat;
    (iv) Pemilik tanah hanya menggunakan sebahagian daripada tanah bagi
    tujuan industri;
    (v) Pemilik tanah kurang faham mengenai tukar syarat kegunaan tanah dan
    menyebabkanmerekatidak membuat permohonan;
    (vi) Kadar premium yang dikenakan ke atas pemilik tanah mengikut KaedahKaedah Tanah Selangor 2003 adalah tinggi dan menyulitkan mereka
    dalam menjelaskannyadalam tempoh yang ditetapkan;
    —-
    Sepang 44
    MPSp 44
    Hulu Selangor 14
    MDHS 14
    Kuala Selangor 35
    MDKS 35
    Sabak Bernam 16
    MDSS 16
    JUMLAH 2,805 2,805
    (vii) Tempoh pajakan tanah yang hampir luput menyebabkan pemilik tanah
    enggan menukar syarat kegunaan tanah kerana premium tambahan bagi
    tempoh pajakan baru adalah tinggi.
    (viii) Kilang-kilang yang didirikan berada di luar kawasan zon yang ditetapkan
    (zon perindustrian);
    (ix) Kilang-kilang yang didirikan berdekatan di antara satu sarna lain dan
    tidak memenuhi syarat pembangunanyang ditetapkan oleh PBT; dan
    (x) Kebanyakan kilang-kilang tidak mematuhi syarat-syarat atau kriteriakriteria yang telah ditetapkan oleh JPS, JKR dan JAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.