Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

45) KILANG HARAM DI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tatacara menyelesaikan masalah wujudnya kilang dalam kawasan kampung tradisi seperti kilang cat, kayu dan sebagainya?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) telah tamat pada 31 Disember 2015. Bagi mana-mana permohonan selepas tarikh tersebut akan melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang berkaitan sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.