Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

52) KILANG-KILANG HARAM DI KAWASAN TELOK GONG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri yang menangani masalah kilang-kilang haram yang masih lagi beroperasi di kawasan Telok Gong walaupun telah mendapat pelawaan dari pihak Kerajaan Negeri yang ingin membantu mereka beroperasi secara sah?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan
    Galian Selangor iaitu dengan melaksanakan Program Pemutihan Kilang Tanpa
    Kebenaran di mana melalui program tersebut kilang-kilang yang telah dibanci akan diberi
    kemudahan. Kemudahan ini diberikan kepada kilang-kilang haram yang wujud sebelum
    11 September 2007 seperti berikut:-
    1) Penurunan kuasa kepada Pegawai Daerah untuk kelulusan permohonan tukar syarat
    yang berada di dalam zon industri. Di luar zon industri perlu dibawa ke Jawatankuasa
    Induk Penempatan Kilang-Kilang Tanpa Kebenaran.
    2) Pengurangan Premium Tambahan. Pemberian potongan sebanyak 50% bagi
    bayaran dalam tempoh 3 bulan atau 30% bagi bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan
    atau 10% bagi bayaran dalam tempoh 9 bulan.
    3) Bayaran premium secara ansuran sebanyak 12 kali bayaran dalam tempoh 18 bulan
    atau 24 bulan dari tarikh Borang 5A atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang baru
    diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada dalam Borang 5A atau 7G yang
    dikeluarkan bagi permohonan yang telah diluluskan terdahulu.
    4) Pengecualian premium khas atau denda yang telah ditetapkan di bawah kaedah
    11(6) Kaedah Tanah Selangor 2003.
    5) Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah bertempoh
    pajakan kurang 15 tahun atas kegunaan industri dan premium dikenakan
    berdasarkan nilaian tanah semasa dan diberi pengurangan sebanyak 50%.
    6) Insentif Pihak Berkuasa Tempatan.
    7) Pemberian tawaran diskaun sebanyak 50% bagi premium tambahan layak diberikan
    kepada mana-mana pemohon yang dapat membuktikan bahawa pihaknya telah
    mengemukakan permohonan pinjaman kepada bank atau mana-mana institusi
    kewangan dalam masa 3 bulan dari tarikh kelulusan tukar syarat diperolehi.
    8) Pihak Berkuasa Tempatan telah diberi mandat untuk menjalankan penguatkuasaan
    sekiranya kilang-kilang yang baru didirikan tidak memenuhi syarat-syarat yang
    diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.