Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

26) KILANG SISA PLASTIK IMPORT HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan tolakan dari orang awam yang tegas terhadap kilang sisa plastik import haram, Apakah polisi kerajaan Selangor berkenaan perkara sebegini ?

    Kerajaan Negeri melalui PBT dan agensi berkuasa berkaitan sememangnya menjalankan operasi bersepadu bagi menutup kilang plastik haram yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan PBT juga berusaha memantau aktiviti ini di kawasan masing-masing daripada merebak ke kawasan baru.

    Justeru itu, bagi mengawal aktiviti tersebut yang boleh menyumbang kepada kesan alam sekitar dan kesan nilai ekonomi, Kerajaan Negeri meletakkan syarat kepada PBT supaya mempertimbangkan permohonan lesen yang mempunyai kelulusan permit import (AP) sisa plastik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan mempunyai kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.