Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

290) KILANG SISA PLASTIK IMPORT HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memadangkan tolakan dari orang awam yang tegas terhadap kilang sisa plastik import haram. Apakah polisi Kerajaan Selangor berkenaan perkara sebegini ?

    Kerajaan Negeri melalui PBT bersama-sama agensi berkuasa berkaitan sememangnya menjalankan operasi bersepadu bagi menutup kilang plastik haram yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan PBT juga berusaha memantau aktiviti ini di kawasan PBT masing-masing daripada merebak ke kawasan baru.

    Justeru itu, bagi mengawal aktiviti tersebut yang boleh menyumbang kepada kesan alam sekitar dan kesan nilai ekonomi, Kerajaan Negeri meletakkan syarat kepada PBT supaya mempertimbangkan permohonan lesen yang mempunyai kelulusan permit import (AP) sisa plastik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan mempunyai kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, PBT tiada kaitan dengan pengeluaran Permit Import (AP) Sisa Plastik dan tidak mengeluarkan sebarang Permit Import (AP) kerana ia dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. PBT hanya memproses syarat-syarat teknikal yang melibatkan kelulusan Kebenaran Merancang, kelulusan Pelan Bangunan dan memperolehi cadangan teknikal daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum pihak PBT mempertimbangkan kelulusan lesen perniagaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.