Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

154) KISS

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status Insentif Peduli Rakyat KISS?

    Buat masa kini, Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih diteruskan sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan jumlah penerima manfaat seramai 25,000 orang dari kalangan golongan ibu yang memenuhi kelayakan dengan peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri sebanyak RM62,000,000.00 bagi tahun 2020. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program KISS ini telah diperluaskan permohonannya melalui penambahan kuota penerima sebanyak 5,000 orang bagi tahun 2020, berbanding 20,000 orang penerima sahaja bagi tahun 2019 yang lalu, selain tiada lagi had kuota tertentu yang perlu dipenuhi untuk memberi ruang dan peluang kepada pemohon dari seluruh DUN di Selangor yang layak tampil membuat permohonan untuk turut sama menerima manfaat program KISS ini bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.