Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

73) KITAR SEMULA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk jangkamasa pendek dan panjang dalam melaksanakan usaha bersepadu mengitar semula dan mengasingkan sampah bagi seluruh negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Antaranya ialah program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) diperkenalkan kepada semua pihak di semua peringkat melalui papan iklan, brochure serta penerangan dan gambar berkenaan ‘3R’ juga terdapat di kalendar yang telah diedarkan oleh Kerajaan Negeri kepada seluruh agensiagensi dan PBT di Negeri Selangor supaya dapat meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan menggalakkan orang ramai mengguna semula bahan-bahan yang boleh diguna semula. Contohnya, kertas boleh digunakan di kedua-dua muka surat bagi setiap kertas. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan program “Hari Tanpa Beg Plastik” pada tahun 2010 di mana seluruh pasaraya yang telah menandatangani deklarasi dengan Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan beg plastik pada setiap hari Sabtu. Respon orang ramai berkenaan program ini adalah amat baik malah menggalakkan mereka membawa beg sendiri apabila pergi ke pasaraya dan menyedarkan mereka bahawa tanpa beg plastik ia boleh mengurangkan jumlah sampah dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

    Bagi jangkamasa panjang untuk menggalakkan aktiviti kitar semula dan mengasingkan sampah adalah Kerajaan Negeri melalui PBT melaksanakan kempen kesedaran kitar semula kepada warga penjawat awam dan murid sekolah bagi mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula dari rumah dan menjual ke pusat pengumpulan (pembeli). Contohnya di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), pihak MDSB akan memberikan sumbangan berupa pokok bunga atau lain-lain kepada sekolah atau jabatan yang menyertai kempen tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.