Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

191) KITAR SEMULA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi melancarkan kempen kitar semula di semua PBT dalam Negeri Selangor?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui PBT ada melaksanakan kempen kitar semula yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar masing-masing. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengenal pasti kawasan atau lokasi yang sesuai untuk meletakkan tong-tong kitar semula bagi memudahkan orang ramai menggunakannya. Selain daripada itu, PBT amat mengalu-alukan kerjasama dari syarikat luar yang boleh sama-sama mengambil bahagian dalam kempen kitar semula ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri “ Selangor Hijau Rakyat Sejahtera”.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.