Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

222) KITAR SEMULA MINYAK MASAK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kejayaan program kitar semula minyak masak yang pernah dijalankan?

    Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di peringkat Negeri Selangor pada bulan Februari 2014 dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan untuk menjalankan pengumpulan minyak masak terpakai di kawasan masing-masing.

    Sambutan bagi program ini amat menggalakkan dan mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dari semua pihak. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah mensasarkan kutipan sebanyak 60,000 kilogram minyak masak terpakai di seluruh Negeri Selangor dan sebanyak 121,261.66 kilogram minyak masak terpakai telah berjaya dikumpul, iaitu sebanyak 103% melebihi sasaran. Manakala, pada tahun 2016 pula, Kerajaan Negeri telah mensasarkan kutipan sebanyak 150,000 kilogram dan sehingga akhir Jun 2016, sebanyak 76,880.12 kilogram minyak masak terpakai telah berjaya dikumpul.

Lampiran

Tiada Lampiran.