Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

97) KLINIK DESA PULAU KETAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Klinik Desa Pulau Ketam telah mengalami kerosakkan yang teruk dan merisaukan. Adakah Kerajaan akan memberi tumpuan dan menaiktaraf klinik desa tersebut?

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa mengusahakan permohonan Klinik Kesihatan yang baru bagi menggantikan Klinik Kesihatan sedia ada yang tidak selamat dalam Rancangan Malaysia (RMK).

     

    Perbincangan antara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih berterusan untuk penggantian Klinik Kesihatan Pulau Ketam. Sementara waktu, perkhidmatan kesihatan akan diberikan melalui Pusat Komuniti di Pulau Ketam dan juga Pasukan Bergerak dari Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.