Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

231) KLORR-KL OUTER RING ROAD

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pembinaan KLORR akan/telah diteruskan semula? Jika ya apakah syarat-syarat baharu yang dikenakan ke atas KLORR? Jika tidak, apakah sebab-sebab KLORR tidak dibenarkan disempurnakan?

    Jajaran asal Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) adalah yang melalui kawasan permatang kuartza dan kawasan tadahan air yang menerima bantahan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sehubungan itu, pihak Kerajaan telah membahagikan projek KLORR kepada dua peringkat iaitu peringkat 1 yang melibatkan Lebuhraya EKVE yang kini dalam peringkat pembinaan dan jajaran berkenaan tamat di Ukay Perdana.

    Peringkat 2 pula adalah cadangan projek KL Node yang merupakan sambungan kepada Lebuhraya EKVE yang mana jajaran KL Node ini akan melengkapkan jajaran bagi Lebuhraya KLORR. Untuk Makluman, cadangan projek KL Node telah dibentangkan kepada Majlis Ekonomi (EC) pada 21 Ogos 2017 dan tiada perkembangan lanjut sehingga sekarang.

    Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lampiran

Tiada Lampiran.