Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

145) KLUSTERISASI GUGUSAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini program klusterisasi selain daripada klusterisasi atau Gugusan Aero Angkasa di Subang?

    Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN telah menerbit dan mengagihkan Booklet Klusterisasi Negeri Selangor Vol.1 yang memaparkan maklumat asas mengenai inisiatif ini. UPEN juga telah mengumpul data di peringkat negeri, nasional dan dunia bagi meneliti kekuatan sedia ada serta sasaran (forecast) kluster-kluster yang terlibat untuk membolehkan satu mekanisme ukuran atau objective setting ditetapkan terhadap pencapaian kluster. Seterusnya pada tahun ini, satu pelan tindakan bagi tempoh jangka pendek (2019-2021 – 3 tahun) dan jangka panjang (2022-2025 – 4 tahun) akan didokumenkan bagi mengenalpasti program/projek yang berupaya untuk memberi impak kepada ekonomi Selangor serta memudahkan proses pemantauan. Pelan Tindakan Klusterisasi atau Booklet Klusterisasi Vol.2 ini dijangka akan diterbit dan diagihkan pada bulan November 2020. Fokus tahun ini akan diberikan kepada Kluster Pertanian, Kluster Industri Aeropolis & Aeroangkasa dan Kluster Pendidikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.