KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR

13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?

    MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

     Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi merangka satu sistem amalan tadbir urus korporat yang seragam.

    Draf struktur asas tadbir urus korporat berkenaan sudah dihantar kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan akan dibentangkan kepada mana-mana jawatankuasa dewan sekiranya diminta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.