Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

124) KOHIJRAH MART

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk menyediakan pelantar peruncitan seperti Kohijrah Mart dan apakah strategi mempromosi produk kepada rakyat?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengusaha luar bandar. SELDEC merupakan kerjasama bersama PKNS, PKPS, KOHIJRAH bersama Kerajaan Negeri dan MMAG Holding Berhad bagi mencari usahawan yang berpotensi untuk menyertai program ini. Majlis perasmian dan pelancaran SELDEC serta upacara Penyerahan dokumen kolaborasi antara MMAG Holding Berhad dengan PKNS, PKPS, dan KOHIJRAH telah diadakan pada 3 Oktober 2019 bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    SELDEC bertujuan menangani isu berkaitan ekosistem rantaian pengurusan perniagaan dengan memanfaatkan sumber sedia ada, mengurangkan kos ktiaran hayat pegangan produk dan mengurangkan isu orang tengah. Sistem itu menjadi lebih mudah sekaligus menjana keuntungan yang lebih baik kepada pengusaha dan usahawan luar bandar. Ia juga memberikan pendapatan sampingan kepada kurier yang menghantar barangan.

    SELDEC dikuasakan dengan penggunaan aplikasi digital bagi membantu usahawan dan pengguna menmpah barangan yang diingini secara terus. Bagi fasa awal pembangunan SELDEC, focus adalah untuk meningkatkan kefahaman melalui beberapa sesi taklimat dan latihan yang dihadiri golongan usahawan IKS dari serata Selangor. Kohijrah Mart turut menggunakan system yang telah disediakan oleh SELDEC.

Lampiran

Tiada Lampiran.