Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

32) KOLAM DAN TASIK TERBIAR DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan kolam dan tasik terbiar di Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Kerajaan Negeri telahpun mewartakan 10 buah kolam bekas lombong yang terbiar sebelum ini di daerah Hulu Selangor. Kolam tersebut akan diwartakan sebagai Zon Perlindungan di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. Senarai warta kolam adalah seperti di Lampiran A. Kerajaan Negeri juga akan melihat kolan-kolam lain sekiranya sesuai untuk diwartakan dan menepati kriteria.

     

    Kreteria utama sebagai kolam alternatif sumber air:

    • Keluasan melebihi 10 hektar;
    • Kedalaman melebihi 3 meter;
    • Kualiti air   mematuhi   garis   panduan   air   mentah   oleh   Kementerian Kesihatan Malaysia;
    • Tanah kerajaan atau anak syarikat kerajaan; dan
    • Ada laluan masuk ke kawasan kolam

Lampiran

Tiada Lampiran.