Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

48) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran telah ditutup tanpa menentukan masa disebabkan paip di bawah kolam bocor dan pam telah rosak dan Majlis Perbandaran Klang tiada bajet untuk memperbaikinya. Apakan rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut?

    Mulai tahun 2014 sehingga bulan Jun 2016 pihak Majlis Perbandaran Klang telah memperuntukkan sebanyak RM1,941,687.68 bagi memastikan kolam renang ini terus beroperasi kepada penduduk sekitar Pandamaran dan Klang. Pihak Majlis mengenakan bayaran tiket kepada pengunjung yang berjumlah RM432,921.50 sepanjang tempoh di atas. Oleh itu, pihak Majlis perlu menanggung lebihan kos sebanyak RM1,508,766.18 dan ini amat memberi kesan ke atas kewangan Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.