Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

93) KOLAM TADAHAN JALAN BATU UNJUR, TAMAN BAYU PERDANA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek ini?

    Kolam tadahan yang dimaksudkan sebenarnya merupakan takungan bawah tanah On-Site Detention Pond (OSD) di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Klang.

    Pihak Majlis telah melantik juruperunding bagi cad tebatan banjir di Taman Bayu Perdana Klang Selatan (Fasa 1 di Jalan Batu Unjur). Laporan akhir cad dari juruperunding akan siap pada awal bulan April 2019 dan akan dibentang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur untuk mendapat kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.