Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

61) KOLAM TADAHAN TAMAN MELAWIS, KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek kolam tadahan Taman Melawis?

    Untuk makluman, JPS Selangor telah menjalankan rekabentuk terperinci bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Melawis Klang pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, kolam tadahan tidak termasuk dalam skop kerja projek tersebut kerana tiada keperluan untuk mengadakan kolam takungan. Skop kerja projek adalah seperti berikut:-
    i. Menaiktaraf sistem perparitan
    ii. Kerja pembinaan microtunelling di bawah landasan keretapi
    iii. Sistem pam dan rumah pam

Lampiran

Tiada Lampiran.