Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

253) KOLAM TAKUNGAN AIR DI SUNGAI SERA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan maklum bahawa SYABAS telah lama ada rancangan untuk membina kolam takungan air di Sungai Serai?

    a), b) dan c)

     

    Mengikut maklumat yang dikemukakan oleh SYABAS, tiada tiada sebarang rancangan SYABAS untuk membina kolam takungan air di Sungai Serai. Walau bagaimanapun terdapat satu Loji Rawatan Air (LRA) Sg Serai yang dikendalikan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) di kawasan tersebut yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1.6 MLD. LRA tersebut membekalkan air kepada pengguna di kawasan Sg Serai dan kawasan sekitarnya.

    Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Serai Fasa 2, Daerah Hulu Langat dalam peringkat rekabentuk terperinci. Isu utama masalah banjir yang berlaku di kawasan Sungai Serai adalah masalah ‘box culvert’ yang melibatkan 3 Sungai utama iaitu Sungai Putih, Sungai Jernih dan Sungai Jernih. Jurutera Perunding Mega yang telah dilantik oleh JPS Selangor kini telah selesai rekabentuk terperinci dan dijangka akan diiklankan dalam bulan September 2015. Buat masa ini, Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat dalam peringkat pelaksanaan Pengambilan Balik Tanah yang kosnya diunjurkan sejumlah RM

    3.2 juta. Sehingga hari ini, masih ada 6 lot yang masih belum selesai ‘sesi pendengaran’. Kawasan asal yang dicadangkan untuk pembinaan kolam tidak dapat dilaksanakan kerana lot tersebut telah dibangunkan dengan perumahan. Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut, sungai-sungai utama ini akan dinaiktaraf mengikut kapasiti aliran air yang telah direkabentuk oleh perunding. Kos menaiktaraf ini dijangka berjumlah RM 5 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.