Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

322) KOLEJ INPENS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah ikon graduan contoh yang telah dilahirkan oleh kolej ini. Sila nyatakan

    Bagi tempoh sepanjang 2012-2014, sebanyak 2 orang ikon graduan contoh yang dilahirkan oleh kolej ini. Graduan-graduan ini telah berjaya mencipta nama di peringkat nasional dan

    Graduan pertama ialah Saudari Nor Suriyani binti Musa dari bidang pembuat pakaian (jahitan). Beliau telah berjaya memenangi Anugerah Tangan Emas pada Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012. Anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi dan utama di dalam pertandingan tersebut. Kini beliau berkhidmat sebagai pereka fesyen di sebuah butik di Brunei Darussalam.

    Graduan kedua ialah Saudari Nursyazwani Amirah binti Sumali dari bidang dandanan rambut. Beliau telah memenangi pingat perak di Pertandingan Kemahiran Malaysia 2013 dan turut dipilih panel pertandingan untuk mewakili Malaysia di Pertandingan Kemahiran ASEAN 2014. Pertandingan tersebut telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada Oktober 2014 yang lalu dan graduan ini berjaya mendapat tempat ke-4 di kalangan semua peserta yang bertanding.

    Secara keseluruhannya, semenjak pentransformasian kolej ini kepada kolej kemahiran pada tahun 2008, kolej ini telah melahirkan seramai kira-kira 7000 orang graduan kemahiran. Purata tahunan graduan kemahiran yang dihasilkan ialah sebanyak 1000 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.