Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

144) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hala tuju dan strategi KUIS sebagai institusi bertaraf antarabangsa?

    Merujuk kepada hala tuju/strategik KUIS keseluruhan sebagai anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), KUIS diamanahkan untuk melaksanakan pendidikan yang berteraskan Ta’dib dan pembentukan sahsiah, selain daripada kecemerlangan akademik pelajarnya.

    Sehubungan dengan itu, bermula Sesi II 2010/2011, pihak Pengurusan KUIS memutuskan pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa hanya melibatkan pelajar-pelajar daripada rantau Asia Tenggara sahaja. Antara justifikasinya:

    • Pilihan negara rantau Asia Tenggara adalah kerana lingkungan adat, budaya dan rumpun yang hampir sama dengan Malaysia.
    • KUIS menumpukan dan memperkasakan pelajar tempatan dan serantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura, Timor Timur dan Myanmar, terutama dalam memastikan konsep Ta’dib dapat berjalan dengan lancar.
    • Mengurangkan dan/atau mengelak risiko berlakunya masalah dan isu moral dan sosial yang semakin berleluasa di kalangan pelajar antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.