Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

258) KOMPETENSI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan sistem yang digunakan oleh kerajaan untuk menilai prestasi dan kompetensi jabatan-jabatan negeri, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat dari pelbagai aspek.

    Kerajaan menggunakan  Anugerah   Pengurusan            Pejabat   Dan              Pentadbiran Cemerlang  (APPC)           untuk menilai prestasi dan kompetensi jabatan-jabatan negeri, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat dari pelbagai aspek. APPC telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 yang bertujuan untuk menilai prestasi dan seterusnya mengiktiraf kecemerlangan pengurusan organisasi sektor awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. APPC merupakan satu platform untuk mewujudkan persaingan sihat antara jabatan/agensi dalam meningkatkan       prestasi             sistem     pentadbiran    serta     kualiti    penyampaian perkhidmatan secara berkesan. APPC juga bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada jabatan/agensi yang boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi      pengaruh      yang                positif      terhadap   sistem     penyampaian perkhidmatan awam

    Kriteria Penilaian APPC di cadang untuk diteruskan dengan menggunakan kriteria Star Rating sepertimana yang telah dilaksanakan sejak tahun 2009. Walau bagaimanapun, kriteria ini telah ditambah baik mengikut kesesuaian proses kerja jabatan/ agensi di Negeri Selangor melalui Lab Pemantapan Kriteria APPC pada tahun 2012. Kriteria Penilaian ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan pelanggan Penilaian akan dilaksanakan di semua 41 jabatan/agensi dengan kaedah On Site Assessment oleh panel penilai yang telah dilantik.                                                                                  Hasil   penilaian   daripada lawatan pemeriksaan di jabatan/agensi akan dibincangkan dan diperhalusi semasa Bengkel Pemarkahan APPC. Keputusan pemenang APPC akan disahkan di dalam Mesyuarat Pemandu Inovasi atau oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.