Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

184) KOMPLEKS ISLAM BERSEPADU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan konsep Kompleks Islam Bersepadu ini?

    Kompleks Islam Bersepadu yang dirancang adalah bermatlamat menjadikan masjid sebagai pusat komuniti yang memenuhi kehendak syarak dan mesra masyarakat. Ia berkonsep memperkasa program komuniti di perkarangan masjid dengan memanfaatkan logistik dan lokaliti bagi masjid yang bersesuaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.