Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

133) KOMPLEKS LKIM KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila huraikan butiran terperinci kronologi pembinaan kompleks tersebut termasuk kos dan nama kontraktor yang dilantik ?

    Kontraktor pembinaan Cendor Cukai Trading (M) Sdn. Bhd. telah dilantik untuk membina Kompleks Pendaratan Ikan LKIM di atas Lot PT 85, Bagan Pasir Penambang, Mukim Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan di atas kawasan luasan tanah 5 ekar.

    Skop pembinaan  adalah  melibatkan bangunan-bangunan blok Dewan   Pemasaran, Pejabat LKIM, blok Medan Ikan Bakar, blok kedai/kantin, Stor Ikan, serta lain-lain kemudahan seperti TNB Substation, Pondok Pengawal, Depo Sampah, Skid Tank, Rumah Pam Hose Rail, Tangki Air Menara serta dengan rumah pam /tangki sedutan dan Loji Kumbahan.

    Manakala kerja-kerja luaran adalah termasuk membina dinding penahan sheet pile di bahagian blok Pemasaran/blok Pejabat LKIM, kawasan tempat letak kereta dan lori, jalan masuk serta pemasangan paip bekalan air luaran dari paip SYABAS, paip sewer serta perparitan di dalam kawasan.

    Kos keseluruhan projek ini adalah RM19,000,000.00

    Tarikh milik tapak asal adalah pada 19 Julai 2007 dengan tempoh 80 minggu dan tamat pada 29 Januari 2009. Namun tempoh asal kontrak tidak dapat diselesaikan dan lanjutan masa pertama telah diberi sehingga 27 Jun 2010 disebabkan masalah setinggan.

    Sehingga 30 April 2010, masalah setinggan masih belum selesai sepenuhnya dan Lanjutan Masa Kedua telah dianugerahkan sehinggan 18 April 2011 setelah masalah setinggan dapat diselesaikan sepenuhnya pada awal bulan Mei 2010.

    Sehingga Mei 2010 masalah setinggan masih belum dapat diselesaikan, oleh itu Lanjutan Masa Ketiga yang telah dipertimbangkan telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia daripada 19 April 2011 sehingga 28 Januari 2012.

    Pada bulan November 2011, pihak MKDS telah memanggil pihak LKIM untuk bersetuju supaya jalan asal (yang telah diluluskan untuk LKIM) dipinda supaya mengikut jalan masuk yang diluluskan kepada Pemaju (Goldpage) setelah Kebenaran Merancang (KM) LKIM telah luput dan perlu dimohon semula seperti yang dicadangkan oleh Pemaju. Permohonan semula Kebenaran Merancang (KM)  telah dihantar kepada MKDS dan pihak Kontraktor LKIM telah memulakan kerja-kerja membina Jalan Masuk yang dipersetujui tersebut tetapi telah dihalang oleh setinggan/penduduk (pihak tokong) supaya tidak meneruskan kerja di Jalan Masuk tersebut. Kontrak telah tamat pada 28 Januari 2012, namun demikian masalah Jalan Masuk masih tidak dapat diselesaikan dan EOT 4 tidak dapat diluluskan sehingga pihak LKIM menyelesaikan masalah Jalan Masuk yang mengakibatkan kontraktor tidak dapat menyiapkan baki-baki kerja yang tertangguh disebabkan tertangguhnya kelulusan Kebenaran Merancang (KM) seperti :

    1. STP – Kelulusan Indah Water tertangguh
    2. OSD- Kelulusan kerja-kerja JPS tertangguh
    3. Pemasangan paip Air dari paip luar SYABAS
    4. Kabel Elektrik TNB dari sumber luar
    5. Jalan Masuk yang dipersetujui oleh LKIM/Goldpage/MKDS/Pejabat Tanah/Pejabat Daerah yang tertangguh

    Sehingga masalah Jalan Masuk dapat diselesai dan dipersetujui dengan pihak Pemaju Goldpage, Pejabat Daerah dan LKIM bahawa Jalan Masuk seperti yang diluluskan oleh pihak MKDS kepada pihak Goldpage. Seterusnya Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia meluluskan Lanjutan Masa ke-4 daripada 29 Januari 2012 hingga 19 Jun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.