Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

45) KOMPLEKS PASAR BESAR KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan penambahbaikan kompleks tersebut?

    Majlis telah memajukan permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi tahun 2016 kepada UPEN (P01) bagi kerja-kerja :

     

    • Penggantian kawasan bumbung Pasar Borong ( Blok C )
    • Mengecat semula Bangunan Blok A & B
    • Penggantian pagar di sekeliling pasar

     

    Majlis juga telah membuat permohonan pada pihak UPEN pada tahun 2015 untuk pembaikan biofilter tetapi belum mendapat sebarang maklumbalas. Pada masa yang sama juga, Majlis juga membuat beberapa kerja-kerja pembaikan di kompleks tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.