Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

135) KOMPLEKS PKNS BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bandar Baru Bangi telah berkembang pesat dan banyak binaan bangunan baru telah didirikan, manakala bangunan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi dalam keadaan usang, suram, tidak diselenggara dengan baik, dan tidak lagi berdaya saing dengan premis perniagaan di sekitarnya. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membaiki keadaan ini demi menjaga imej PKNS dan membantu para peniaga Bumiputera yang berniaga di situ?

    PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) ialah anak syarikat milik PKNS 100%.  Pihak PREC telah mengambil alih bangunan Kompleks PKNS Bangi mulai Januari 2014. Semenjak mengambilalih Kompleks PKNS Bangi,  berikut adalah antara inisiatif-inisiatif yang telah/sedang  dilaksanakan oleh pihak PREC:

     

    1. PENYENGGARAAN BANGUNAN

     

    • Penambahbaikan dengan kos berjumlah RM2.62 juta dibuat dari masa ke semasa bermula dari tahun 2016 hingga kini seperti mengecat fasad, penaiktarafan tandas, lif, eskalator, medan selera, surau, tempat letak kenderaan, penambahbaikan ‘awning’ dan penanda arah bagi menjamin keselesaan para pengunjung dan menjadikan Kompleks PKNS Bangi kekal relevan hingga kini seperti berikut :

     

    BIL. PENYELENGGARAAN KOS

    (RM)

    1. Mengecat dan menaiktaraf bangunan termasuk menaik taraf tandas 905,888.00
    2. Memperbaiki dan menaiktaraf lif dan eskulator. Kos perbelanjaan bagi tempoh 2014 hingga 2019 495,333.00
    3. Menaik taraf surau 33,914.00
    4. Melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tempat letak kenderaan meliputi mengecat semula petak kenderaan, menaiktaraf lampu dan memperbaiki kerosakan jalan serta menambah tempat letak kenderaan motosikal untuk dua buah kawasan 47,400.00
    5. Menyenggara sistem hawa dingin dan mengganti peralatan yang rosak termasuk mengganti sistem Chiller baru 999,478.00
    6. Menaiktaraf medan selera meliputi baik pulih paip air, sinki, pintu masuk, hos gas, penambahan kerusi meja baru, mengecat dan penukaran TV baru 134,715.00
    JUMLAH : 2,616,728.00

     

    1. PENINGKATAN PERNIAGAAN

     

    • Membawa masuk peniaga berjenama untuk beroperasi di bangunan seperti Satay Kajang, Boat Noodle dan beberapa peniaga kecil yang lain.

     

    • Berjaya melaksanakan penyewaan penuh 100% pada bangunan terutama di Kawasan Pusat membeli belah.

     

    • Ramai peniaga luar yang memohon untuk membuka perniagaan di Kompleks PKNS Bangi terutama peniaga pakaian tetapi ditolak atas sebab tiada premis kosong yang boleh ditawarkan.

     

    • Pembaharuan perjanjian sewaan mencecah sehingga 98%. Ini menunjukkan bahawa PREC sentiasa prihatin terhadap peniaga yang terus mahu berniaga di Kompleks PKNS Bangi dengan syarat mereka patuh pada terma dan syarat penyewaan yang telah ditetapkan.

     

    • Jualan makanan Foodtruck yang diadakan di hadapan Kompleks PKNS Bangi setiap Selasa hingga Ahad menambahkan lagi pilihan tempat makan bagi penduduk di Bangi khasnya untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan selain menikmati hiburan dari buskers.

     

    • Peniaga dari kalangan Bumiputera masih majoriti dengan jumlah 91% peratus selain program-program jualan yang diadakan mengutamakan dari kalangan bumiputera.

     

    • Program-program seperti FESTIRA, MEFA dan akan datang program Kanak-kanak iaitu Beyblade diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Kompleks PKNS Bangi. Bilangan pengunjung di sekitar Kompleks PKNS Bangi juga mencecah sehingga 10,000 orang sebulan terutamanya di musim-musim perayaan.

     

    1. PENGIKTIRAFAN

     

    • Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah menganugerahkan taraf lima (5) bintang ke atas tandas di bangunan Kompleks PKNS Bangi pada tahun 2018 hingga 2019.

     

    • Memperolehi sijil bangunan selamat oleh pihak MPKJ setelah melaksanakan pemeriksaan menyeluruh pada bangunan terutama aspek struktur bangunan.

     

    • Telah berjaya mendapat Sijil Bangunan Bomba setelah melalui pemeriksaan menyeluruh yang ketat pada tahun 2018 dan diperbaharui semula pada tahun 2019.

     

    1. PERANCANGAN PEMBANGUNAN AKAN DATANG

     

    Untuk memastikan bangunan sentiasa berdaya maju dan kompetatif pada masa akan datang beberapa perancangan akan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa:

     

    • Menggantikan peralatan operasi bangunan yang rosak kepada yang baru terutama peralatan yang telah mencapai umur 20 tahun. Peralatan berkenaan meliputi peralatan penghawa dingin, lampu disekitar bangunan, peralatan paip air, kanvas disekeliling bangunan dan sebagainya.

     

    • Memperbaiki kobocoran bangunan secara berperingkat memandangkan usia bangunan telah mencapai usia 20 tahun.

     

    • Bercadang menaiktaraf laluan masuk bangunan (entrance statemet) untuk meningkatkan mood pengunjung.

     

    • Meningkatkan aktiviti promosi berdasarkan permintaan dan keperluan pengunjung termasuk maklumat di dalam media sosial.

     

    • Mengecat semula sebahagian bangunan yang kurang menyerlah dan memperbaiki kerosakan yang berlaku.

     

    • Melaksanakan peraturan kepada peniaga untuk menaiktaraf premis perniagaan masing-masing supaya lebih menarik kepada pengunjung.

Lampiran

Tiada Lampiran.