Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

129) KOMPLEKS SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status kajian terperinci berkenaan dengan pembinaan kompleks sukan di kawasan Sungai Pelek yang telah dipersetujui pada sidang mesyuarat yang lalu?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri berpendapat keperluan pembinaan kompleks sukan di kawasan DUN Sungai Pelek tidak perlu pada masa ini memandangkan setiap Dun Negeri Selangor menggunakan kemudahan sukan yang sedia ada di kawasan-kawasan DUN di bawah kawal selia oleh Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Pembinaan tersebut juga melibatkan kos yang tinggi di mana pada masa ini Kerajaan Negeri menumpukan kepada menaik taraf dan membaikpulih kemudahan sukan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor yang memerlukan pembaikan segera. Oleh yang demikian, Kerajaan negeri akan membuat perancangan yang teliti bagi pembinaan kompleks sukan yang baru di negeri ini memandangkan kompleks-kompleks sedia ada juga tidak diselenggara dengan baik di atas kekangan dan faktor yang tidak boleh dielakkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.