Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

217) KOMPLEKS SUKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membina sebuah Kompleks Sukan di bahagian selatan bawah DUN Sg Pelek memandangkan bilangan penduduk yang semakin bertambah ?

    Pihak kerajaan negeri perlu mengkaji dari semua aspek termasuk keperluan  semasa dan peruntukan semasa bagi pembinaan serta pembangunan kemudahan sukan di bahagian selatan bawah DUN Sg Pelek memandangkan keperluan kompleks sukan ini juga amat penting bagi membolehkan  penduduk di kawasan tersebut menjalankan aktiviti sihat pada masa-masa akan datang. Buat masa ini Daerah Sepang telah mempunyai Kompleks Sukan di Bandar Baru Salak Tinggi yang menjadi pusat aktiviti sukan seperti Bola Sepak, Olahraga dan lain-lain bagi tujuan beriadah dan juga bersukan. Meskipun bilangan penduduk yang bertambah, kesedaran untuk sentiasa melakukan aktiviti riadah dan juga bersukan adalah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

     

    Oleh yang demikian, satu kajian terperinci perlu dijalankan untuk merancang dan membina sebuah Kompleks Sukan ini bagi memastikan kemudahan yang disediakan itu nanti akan memberi manfaat kepada keseluruhan komuniti termasuk penduduk dan atlet-atlet sukan prestasi tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.