Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

106) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk PKNS untuk mengadakan dialog dengan penduduk SS 7 Kelana Jaya berhubung pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas dibangkitkan pada Sidang yang lepas. Bilakah dialog tersebut akan diadakan?

    Mesyuarat bersama Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Ahmad diadakan pada 09 Mac 2012 di Pejabat PKNS bagi membentangkan pindaan pelan pembangunan yang mana akan disusuli dengan perjumpaan dengan para penduduk SS7 Kelana Jaya yang dijadualkan pada 15 Mac 2012.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.