Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

314) KOMUNITI BERPAGAR DAN KEJIRANAN BERPENGAWAL DI TAMAN WARISAN SETIA, KOTA WARISAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa Penduduk Taman Warisan Setia membeli rumah dikawasan tersebut perjanjian jual beli rumah menyatakan kemudahan komuniti berpagar dan kejiranan berpengawal. Adakah kemudahan ini dikekalkan setelah pemaju lain mengambil alih pembangunan kawasan tersebut?

    Pembangunan Taman Warisan Setia telah diluluskan secara ‘individu tittle’ semasa permohonan kebenaran merancang di Majlis Perbandaran Sepang. Pendirian pondok pengawal Taman Warisan Setia terletak di jalan utama pembangunan (Persiaran Maju) dan telah memperolehi kelulusan sementara bagi tujuan ‘Gated And Guarded Community’ pada tahun 2010.

    Merujuk kepada garispanduan Gated Community dan Neigbourhood 2010, pembinaan pondok pengawal adalah bersifat sementara dalam tempoh 2-3 tahun sahaja dan tidak menghalang lalu lintas. Pengekalan pondok pengawal ini akan dipertimbangkan semula berdasarkan garispanduan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.