Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

16) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menerima pakai garis panduan untuk Komuniti Berpagar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

    1. Kerajaan Negeri menerima baik Garis Panduan dan Perancangan ‘Gated Community  and Guarded Neighbourhood’ yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana untuk makluman Yang Berhormat sebahagian besar kandungan garis panduan tersebut merupakan cadangan asal yang disediakan  oleh Kerajaan Negeri. Namun yang demikian setelah semakan dibuat mendapati,  terdapat beberapa perbezaan yang ketara khususnya yang melibatkan konsep ‘guarded neighbourhood’ yang mana Kerajaan Negeri menetapkan persetujuan 85% daripada pemilik (termasuk penyewa) sedangkan KPKT hanya meletakkan persetujuan majoriti  iaitu 51% sahaja. Walaupun kedua-duanya telah menetapkan bilangan peratusan yang berbeza, namum ianya masih lagi bertentangan dari aspek perundangan  seperti  Seksyen 136(2) dan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan  Bangunan 1974, Seksyen 80, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen  26 Jadual G, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 sekiranya tindakan mendirikan sebarang bentuk halangan kepada jalan-jalan awam dibuat. Oleh yang demkian, garis panduan yang disediakan ini adalah setelah mengambilkira pelanggaran perundangan yang mininum.

Lampiran

Tiada Lampiran.