Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

79) KONSEP BANDAR SELAMAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan menurunkan kadar jenayah di Negeri Selangor bawah Kempen ÒKonsep Bandar SelamatÓ?

    Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri semua PBT Negeri Selangor dipohon mempertingkatkan perlaksanaan Program Bandar Selamat selaras dengan Sasaran NKRA Bandar Selamat 2010 – 15 Langkah Program Bandar Selamat iaitu mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 % pada akhir 2010. Di bawah konsep tersebut, PBT digalakkan untuk meningkatkan penyediaan lampu jalan, laluan dan lorong pejalan kaki serta bekerjasama dengan pihak polis untuk menggalakkan, membangunkan dan melaksanakan inisiatif pencegahan jenayah di kawasan bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.