Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

66) KONSEP FIRST-IN-FIRST-OUT DALAM PENGURUSAN TANAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah memperkenalkan konsep ÒFirst-In-First-OutÓ (FIFO) dalam pengurusan tanah beberapa tahun dahulu. Bagaimana konsep ini diterjemahkan ke dalam carta aliran kerja di setiap PDT dan PTGS?

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) telah melaksanakan Konsep “First-In-First-Out” (FIFO) bagi setiap permohonan tanah yang diterima daripada pemohon. Setiap permohonan lengkap yang diterima akan diberikan nombor perserahan dan permohonan yang diterima awal akan diproses terus mengikut giliran terdahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.