Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

23) KONSEP KETELUSAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan perbelanjaan pengurusan oleh Kerajaan Negeri sejak konsep ketelusan dipraktikkan ?

    Kerajaan Negeri Selangor menguruskan perbelanjaan wang awam dengan penekanan terhadap prinsip ketelusan, keupayaan dan tanggungjawab dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti setiap perbelanjaan adalah yang terbaik (value for money). Pelaksanaan prinsip ketelusan, keupayaan dan bertanggungjawab di samping pengurusan kewangan Kerajaan Negeri yang cekap dan teratur serta usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang kepada pengukuhan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai contoh, penjimatan keseluruhan bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan dengan pelaksanaan dasar harga terendah melalui proses tender adalah seperti maklumat jawapan bagi soalan (b).

Lampiran

Tiada Lampiran.