Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

194) KONSEP SEWA BELI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon kerajaan memberi maklumat terperinci tentang konsep sewa beli ini telah dan akan dilaksanakan di Selangor dan berikan contoh di mana konsep ini telah dijalankan di Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DANA-SEL) Konsep Sewa dan Milik untuk membantu golongan yang tidak layak mendapat pinjaman daripada pihak bank bagi pembelian rumah kos rendah. Pelaksanaan skim ini akan dibuat secara berperingkat dan sebagai permulaan akan dilaksanakan untuk projek perintis RKR Rimba Jaya dan RKR Sungai Sering.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.