Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

157) KONSESI PERJANJIAN AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah konsesi air Selangor akan selesai?

    Melalui penelitian saya, terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan penstrukturan industri bekalan air Negeri Selangor serta yang melibatkan perjanjian air yang telah ditandatangani sebelum ini. Soalan-soalan tersebut datangnya dari :

    No

    Soalan

    Nama

    Adun

    Tajuk Soalan
    1 Sekinchan Penyusunan Semula Industri Air Selangor

     

    a)        Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penyusunan tersebut?

    b)        Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha tersebut masih enggak bisa sukses sepenuhnya?

    c)        Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya usaha tersebut menemui jalan

    buntu?

    157 Meru Konsesi Perjanjian Air Selangor

     

    a)     Bilakah konsesi air Selangor akan selesai?

    b)     Apakah halangan penyelesaian tersebut?

    c)     Apakah tindakan diambil dalam mempertahankan hak air kerajaan Selangor?

    164 Kampung Tunku Penstrukturan Semula Industri Air Selangor Dengan Puncak Niaga

     

    a)    Apakah perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor antara Puncak Niaga dengan  Pengurusan Air

    No

    Soalan

    Nama

    Adun

    Tajuk Soalan
        Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memandangkan perkara ini masih belum dimuktamadkan dan tempoh rundingan sepanjang satu tahun hampir akan tamat sekitar pertengahan

    tahun 2015?

     

    Saya yakin dan percaya semua Ahli Yang Berhormat sangat berminat berkaitan isu yang melibatkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini.

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan tersebut merujuk kepada perkara yang sama. Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:

    • Matlamat penstrukturan semula industri perkhidmatan air
    • Status Terkini Penstrukturan Industri Bekalan Air Negeri Selangor dan isu-isu yang berbangkit
    • Status rundingan dengan Puncak Niaga

     

    1. Matlamat penstrukturan semula industri perkhidmatan air

     

    1. Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor pada ketika ini adalah tidak dijalankan secara holistik di mana aktiviti rawatan dan agihan dikendalikan oleh operator yang berlainan. Keadaan yang tidak holistik ini telah menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang

     

    1. Justeru itu, sebagai usaha untuk menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi oleh industri perkhidmatan air, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

     

    1. Objektif penstrukturan semula adalah untuk mengambil alih semua syarikat konsesi air di Negeri Selangor dan menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan di kawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi merealisasikan perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan untuk memenuhi ciri-ciri berikut:-

     

    1. sebuah syarikat yang dimiliki penuh ataupun di bawah kawalan Kerajaan Negeri;

     

    1. sebuah syarikat operator perkhidmatan air berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) ; dan

     

    • sebuah syarikat yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh

     

    1. Dalam menentukan nilai yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi air sedia ada, Kerajaan Negeri Selangor amat menitik beratkan kepentingan pengguna dan pada masa yang sama tidak merugikan mana-mana pihak. Ini adalah kerana nilai yang diputuskan akan memberi implikasi dan kesan ke atas kadar sewa pajak dan tarif air kepada

     

    1. Status rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air dan isu-isu yang berbangkit

     

    1. Dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor, pada 12 September 2014, Perjanjian Utama (Master Agreement) telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”). Salah satu terma utama di dalam Perjanjian Utama tersebut adalah mengenai Condition Precedent yang mana memperuntukkan bahawa Perjanjian Pembelian Saham (SPA) di antara Air Selangor dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebagai pemegang saham utama di dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan SYABAS hendaklah ditandatangani dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh Perjanjian

Lampiran

Tiada Lampiran.