Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

36) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhak untuk menukar kontraktor-kontraktor Alam Flora?

    Para kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pengutipan sampah dan
    pembersihan awam di PBT Selangor merupakan sub kontraktor yang dilantik
    oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB), oleh itu Kerajaan Negeri tidak mempunyai
    hak untuk menukarkan kontraktor terbabit.

    Walaubagaimanapun, PBT boleh meminta AFSB untuk menukarkan kontraktor
    yang tidak melaksanakan kerja mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan
    serta telah diberikan beberapa notis amaran oleh pihak PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.