Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

102) KONTRAKTOR PENURAPAN JALAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa Kerajaan tidak menyerahkan pada satu atau dua kontraktor sahaja yang mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam mengendalikan kerja-kerja penurapan jalan seluruh Negeri Selangor supaya: i. Mudah bagi pihak yang berwajib memantau. ii. Penjimatan kos yang tinggi berbanding dengan menggunakan kontraktor- kontraktor kecil yang banyak.

    Di dalam Negeri Selangor, terdapat lebih daripada 6786 kontraktor yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan kerja-kerja di bawah Kerajaan Negeri. Pecahan kontraktor yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri mengikut kelas adalah seperti berikut:

    Bil Kelas Jumlah
    1 A 247
    2 B 195
    3 C 360
    4 D 660
    5 E 324
    6 F Melebihi 5000

    Kerajaan Negeri tidak menyerahkan kerja-kerja penurapan jalan kepada kontraktor tertentu adalah bagi mengelakkan monopoli sesebuah syarikat serta memastikan kos penurapan dapat dijimatkan dengan melaksanakan tender terbuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.