Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

53) KONTRAKTOR YANG DITAMATKAN KONTRAK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon Kerajaan Selangor menyenaraikan kontraktor-kontraktor yang gagal menyelesaikan kerja setiap tahun bermula 2013 sehingga sekarang dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka

    a) Terdapat satu (1) kontraktor yang gagal menyelesaikan kerja / perkhidmatan dari tahun 2013 sehingga kini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor iaitu Syarikat Perkhidmatan Nyaman Niaga Sdn. Bhd. yang telah ditamatkan kontrak perkhidmatannya pada Januari 2015. Kontraktor tersebut merupakan kontraktor kepada perkhidmatan penyelenggaraan secara non-komprehensif bagi sistem pendingin hawa di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Annex dan Dewan Negeri Selangor. Prestasi kontraktor sangat lemah yang menyebabkan kerja ditamatkan lebih awal iaitu pada bulan ke 17 daripada jumlah kontrak selama 24 bulan (2 tahun).

Lampiran

Tiada Lampiran.