KONTROVERSI LADANG BABI MODEN DI KG. TUMBUK
38) KONTROVERSI LADANG BABI MODEN DI KG. TUMBUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Laporan sesetengah organisasi media berkaitan pembangunan ladang babi moden di Kampung Tumbuk dikhuatiri tidak mencerminkan situasi sebenar dan mungkin telah menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor. Sila jelaskan keadaan sebenar projek terbabit kepada dewan
Projek Ternakan Babi Moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk Kuala
Langat merupakan kelangsungan daripada kerajaan terdahulu. Projek ini perlu
dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam yang telah ditanggung
oleh penduduk sekitar lebih dari 20 tahun lalu. Penggunaan sistem ladang babi
tertutup lengkap dengan sistem biogas dijangka mampu untuk menyelesaikan
masalah alam sekitar.
